Zoo Negara Dibuka Semula. Tiket Masuk Percuma Ke Zoo Negara Untuk Frontliners

Zoo Negara menawarkan tiket masuk percuma kepada frontliners atau petugas barisan hadapan bagi menghargai jasa mereka sepanjang bertugas sehingga kini.

Selepas tutup beberapa bulan sebelum ini, Zoo Negara kini dibuka dan beroperasi seperti biasa untuk orang awam. Zoo Negara merupakan sebuah tempat pelancongan jadi sepanjang PKPB berlangsung di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum ini, ianya terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan COVID-19 dari terus tersebar.

Jadi baru-baru ini, pihak Kerajaan telah mengeluarkan SOP yang baru berkaitan kawasan PKPB. Walaupun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kini pusat pelancongan dibenarkan beroperasi tetapi dalam SOP yang ketat selepas dibenarkan oleh pihak MKN dan KKM.

Zoo Negara Dibuka Semula

Jadi melalui pengumuman dibuat menerusi laman facebook, Zoo Negara dibuka semula kepada pelawat dan pengunjung bermula 18 Disember 2020. Jadi bermula dari tarikh tersebut, pelawat dibenarkan untuk berkunjung ke Zoo Negara dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Waktu operasi adalah setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang. Anda kini boleh dapatkan tiket masuk ke Zoo Negara dengan harga seperti dibawah:

Tiket Percuma Untuk Frontliners

Selain itu, pihak Zoo Negara berbesar hati bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan bermula sejak Mac 2020 lagi. Oleh itu, mereka menawarkan tiket masuk percuma untuk frontliners seperti petugas KKM, ATM, PDRM, JIM, JBPM, APM, APMM dan RELA sehingga 30 Julai 2021.

Syaratnya, anda mestilah warganegara Malaysia dan sila bawa kad pengenalan diri dari Jabatan masing-masing bagi tujuan pengesahan

zoo negara frontliners

Bantuan Untuk Haiwan Di Zoo Negara

Haiwan di Zoo Negara juga terkesan sepanjang PKP dengan kekurangan sumber makanan. Oleh itu, jika anda ingin membantu, anda boleh sertai program adoption bagi membekalkan makanan dan penjagaan veterinar pada haiwan tersebut.

Untuk sertai adoption programme ini, ada 3 cara iaitu :

Ticket2u : t2u.asia/e/18171
Lazada : t.ly/dQva
Shopee : www.shopee.com.my/digital-product/m/evoucher/brands/2481065

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.zoonegaramalaysia.my

1 thought on “Zoo Negara Dibuka Semula. Tiket Masuk Percuma Ke Zoo Negara Untuk Frontliners”

Leave a Comment