Kompleks Taman Kinabalu Ditutup bermula 25 September Hingga 8 Oktober 2020

Seperti yang dilaporkan pihak pengurusan, Kompleks Taman Kinabalu ditutup kepada orang awam selama 14 hari iaitu bermula pada 25 September 2020 hingga 8 Oktober 2020.

BACA : 15 Tempat Menarik Di Sabah Terutamanya Kota Kinabalu Dan Kundasang

Arahan ini dikeluarkan oleh pihak pengurusan selepas dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Daerah Ranau dimana seorang pendaki dari Tawau yang mempunyai kontek rapat dengan pesakit COVID-19 di dapati positif ekoran daripada itu. Jadi Kompleks Taman Kinabalu perlu ditutup bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 kepada orang lain.

Penutupan Kompleks Taman Kinabalu, Kundasang Ranau

Pentupan ini selama 14 hari ini adalah kepada orang awam termasuk pendaki. Selain itu, semua kakitangan Taman yang bertugas di pusat saringan, kaunter pendaftaran dan Gate di Kompleks Taman Kinabalu dan Panalaban dikehendaki menjalani saringan kesihatan.

Selain itu juga, semua malim Gunung dan Porter serta kakitangan SSL dan Mt. Torq yang terdedah kepada jangkitan COVID-19 ketika bertugas pada 13-14 September 2020 juga dikehendaki menjalani saringan.

kompleks taman kinabalu
sumber : twt_outdoor

Notis penutupan juga akan dilektakkan termasuk penghalang masuk ke Kompleks Taman Kinabalu bermula hari ini dan berkuatkuas bermula 25 September hingga 8 Oktober 2020.

Semua kemudahan-kemudahan awam akan dijalankan sanitasi dan nyah kuman. Jadi tiada aktiviti panjant Gunung Kinabalu dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang penutupan ini berlangsung.

Leave a Comment