Promosi Pembukaan Semula. Menara KL Masuk Percuma Sepanjang Julai

Selepas Zoo, Taman Tema dan kini Menara KL pun ada buat promosi sempenah pembukaan semula. Anda kini boleh masuk percuma di dalam Menara Kuala Lumpur sepanjang Julai.

Manakan tidak, lebih 3 bulan tidak menerima pengunjung dan pelancong disebabkan serangan pandemik COVID-19 dan arahan PKP. Dalam tempoh tersebut, pastinya mereka tidak beroperasi dan tidak menerima lawatan daripada orang ramai.

Jadi selepas pengumuman pembukaan semula sektor ekonomi daripada pihak Kerajaan sepanjang PKPP ini, Menara Kuala Lumpur juga menyambut baik dengan membuat persiapan yang rapi dan akhirnya akan mula beroperasi bermula Julai ini.

Jom naik Menara Kuala Lumpur dan merasai pengalaman dengan ketinggian 421m. Lagi best, beli tiket di Sky Deck.

Masuk Percuma di Menara Kuala Lumpur

Sempena itulah, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan kempen WE “ARE FREE! – Masuk Percuma!” sepanjang bulan Julai ini sempena pembukaan semula kepada para pengunjung.

Tiket masuk PERCUMA ini adlaah untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) dimana harga asal adalah RM30. Promosi masuk percuma ini bermula 1 hingga 31 Jula 2020.

Jadi kepada mereka yang teringin nak makan angin di Menara Kuala Lumpur sambil menikmati panorama indah Bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh datang sekarang.

Nak tengok kereta bersaiz semut, nak tengok orang berjalan seperti anak semut, nak tengok pemandangan daripada atas. Jom datang ke Menara Kuala Lumpur.

Terma & Syarat Yang Ditetapkan

  • Promosi ditawarkan kepada semua orang dan sah bermula dari 1 hingga 31 Julai 2020 untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur.
  • Lawatan ke Menara Kuala Lumpur tertakluk kepada “Siapa Cepat Dia Dapat” dan kapasiti menara.
  • Semua pelawat perlulah mengikut SOP KKM dan norma sosial tempatan ketika berada di Menara Kuala Lumpur.
  • Semua pelawat ditawarkan POTONGAN tiket 50% sekiranya melawat ke Sky Deck, sah sehingga tawaran berakhir.
  • Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah terma dan syarat sekiranya perlu tanpa notis.

Harga Sky Deck (termasuk Sky Box dan Observation Deck) adalah RM71. Jadi dengan potongan 50%, pastinya harga lebih kurang RM36. Murah dah kan. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk naik di Menara KL dan nikmati pemandangan Kuala Lumpur.

Leave a Comment