Pelancong Bercuti Ke Langkawi Perlu Menjalani Ujian Covid-19 Sebelum Berlepas (Projek Rintis)

Kerajaan hari ini mengumumkan dimana setiap pelancong bercuti ke Langkawi bermula 16 September 2021 wajib menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan.

Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin di dalam sebuah kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung SOP bagi Projek Rintis Langkawi.

Sebelum ini YAB Perdana Menteri ada mengumumkan sektor pelancongan akan dibuka di bawah program gelembung pelancongan dan destinasi pertama adalah di Pulau Langkawi iaitu bermula 16 September ini.

Sebelum ini, KKM mengumumkan hanya dibenarkan pelancong yang bercuti ke Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Jadi hari ini, sekali lagi KKM membuat keputusan untuk mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula 16 September 2021 menjalani pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan melalui beberapa cara.

Cara Buat Ujian Pengesanan Covid-19 Sebelum Pelancong Bercuti Ke Langkawi

Terdapat 3 cara pelancong boleh buat ujian pengesanan iaitu :

  1. Menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Antigen) di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas. Keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk sebelum berlepas
  2. Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di tempat saringan yang disediakan
  3. Pelakon boleh membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan dan menjalani ujian pengesanan di situ.
kit ujian kendiri pelancong bercuti ke langkawi

Walaubagaimanapun, ujian pengesanan ini hanya diwajibkan kepada individu dewasa 18 tahun ke atas serta remaja dan kanak-kanak berusia 7-17 tahun sahaja. Selain itu, hanya saringan gejala akan dilakukan.

Kumpulan kanak-kanak ini juga mesti bersama ibu bapa yang telah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat dan pastinya mematuhi SOP yang ditetapkan.

Kesemua langkah ini akan dipantau oleh anggota kesihatan sama ada di lapangan terbang dan terminal feri yang terlibat.

Yang negatif dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, manakala individu yang didapati positif Covid-19, tidak dibenarkan untuk teruskan perjalanan dan diuruskan mengikut SOP sedia ada.

Leave a Comment