Penginapan Di Hotel Tujuan Pelancongan Dibenarkan Di Lembah Klang Bermula Jumaat Ini

Berita baik untuk warga Lembah Klang, penginapan di hotel dan homestay bagi tujuan pelancongan akan dibenarkan berkuat kuasa Jumaat, 10 September 2021 ini.

Kelonggaran ini dibenarkan berikutan peralihan fasa PPN ke Fasa 2 bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Aktiviti pelancongan bagi tujuan penginapan yang dibenarkan dalam negeri yang sama hanya bagi individu yang telah lengkap dua dos vaksinasi.

BACA : Antara 8 Penginapan Airbnb Yang Menyediakan Permainan PS4 Sekitar Lembah Klang

Pengumuman ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Ismail Sabri menerusi kenyataan media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang telah dibuat pada 8 September yang lalu.

hotel

Kelonggaran ini sama seperti yang diberikan kepada negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 2 sebelum ini seperti negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Melaka.

Selain kebenaran penginapan di hotel dan homestay bagi tujuan pelancongan, terdapat beberapa aktiviti lain yang dibenarkan seperti yang ditetapkan oleh MKN iaitu :

  • Rentas daerah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin
  • Kebenaran rentas negeri bagi pasangan jarak jauh dan ibu bapa bagi berjumpa anak dibawah umur 18 tahun.

Walaubagaimanapun, kebenaran ini hanya diberikan kepada individu yang telah lengkap divaksin atau telah menerima 2 dos vaksin lengkap.

Kelonggaran Lain Diumumkan

Selain daripada pengumuman peralihan Fasa PPN, jawatankuasa turut bersetuju untuk melonggarkan SOP bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri dibawah Fasa 1.

Kini bagi yang telah lengkap dua dos vaksin, anda dibenarkan untuk sertai aktiviti sukan indoor kecuali gimnasium.

Selain itu, fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap vaksin dan perlu dilakukan secara janji temu.

Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta MKN.

Untuk keterangan lanjur berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini, anda boleh dapatkan di laman web MKN dan kementerian berkaitan.

1 thought on “Penginapan Di Hotel Tujuan Pelancongan Dibenarkan Di Lembah Klang Bermula Jumaat Ini”

Leave a Comment