PKP Akan Dilaksanakan Di Seluruh Kelantan Bermula 16 Januari 2021

Disebabkan peningkatan kes jangkitan COVID-19, PKP akan dilaksanakan di seluruh Kelantan bermula Sabtu ini, 16 Januari.

Sehingga 15 Januari, seluruh daerah di Kelantan kini sudah berada dalam zon merah kecuali Pasir Mas (zon jingga) dan Jeli (zon kuning). Hari ini sahaja, 70 kes baru dicatatkan dengan jumlah kes aktif sebanyak 808 kes.

Kelantan juga sebelum ini telah mencatatkan jumlah kluster pergerakan rentas negeri tertinggi iaitu 7 kluster daripada 18 yang dikesan sejak 7 Disember 2020 hingga 14 Januari 2021.

PKP Di Seluruh Kelantan

Oleh itu, dengan penilaian yang dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Kelantan bermula Sabtu, 16 Januari hingga 26 Januari 2021.

seluruh kelantan

Jika sebelum ini, Kelantan hanya dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bersama-sama 5 negeri yang lain (Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah).

BACA : PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari

Oleh itu, dalam tempoh PKP bermula tengah malam sabtu ini, tiada pergerakan rentas negeri dan rentas daerah dibenarkan di Kelantan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak polis atas sebab-sebab tertentu. Pastikan anda muat-turun borang permit kebenaran rentas negeri terlebih dahulu.

Kawasan PKP Di Sarawak

Selain daripada negeri Kelantan, di Sarawak juga terdapat 3 daerah yang bertukar status daripada PKPP kepada PKP iaitu Sibu, Selangau dan Kanowit bermula 16 Januari hingga 29 Januari 2021.

pkp seluruh sarawak

Ingat perang melawan COVID-19 masih belum selesai ditambah pula dengan arahan PKP, PKPB dan PKPP dalam 2 minggu ini. Stay At Home! Jangan keluar rumah jika tiada urusan. Jika terpaksa, pastikan anda mengikuti segala SOP yang ditetapkan dan sentiasa amalkan norma baru; pakai facemask, kerap mencuci tangan dengan sabun dan sentiasa amalkan penjarakan fizikal 1 meter.

Leave a Comment