Taman Tema Air Dibenarkan Operasi Bermula 1 Julai. Boleh Main Air Lepas Ni

Hari ini Kerajaan telah mengumumkan dimana Taman Tema termasuk Taman Tema Air boleh beroperasi semula bermula 1 Julai selepas ditutup bermula 18 Mac yang lepas berikutan penularan pandemik COVID-19 yang lepas.

Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini. Kebenaran ini melibatkan 54 Taman Tema di seluruh negara dengan melibatkan lebih 10,000 pekerja yang bertugas di taman tema tersebut.

Taman Tema Air Dibenarkan Beroperasi

senarai taman tema air

Jadi selepas ini, pengurus Taman Tema Air dibenarkan beroperasi dan menerima pengunjung tetapi mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM termasuk memastikan penjarakan sosial pada setiap masa.

BACA : 17 Senarai Taman Tema Air Terbaik Bagi Setiap Negeri. Jom Main Air!

Antara SOP yang perlu dipatuhi sepanjang operasi tersebut:

  • Penjarakkan sosial dipatuhi setiap masa
  • Had pengunjung adalah berdasaarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan Taman Tema tersebut
  • Bagi pengusaha Taman Tema Air khususnya, mereka perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan & Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan, serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air

Sebagai contoh sebelum ini, Legoland Malaysia ada membuat pengumuman yang telah memulakan operasi semula pada 25 Jun 2020 tetapi Taman Tema Air mereka tidak dibuka. Jadi lepas ini, pastinya kawasan tersebut akan dibuka kepada pengunjung yang datang.

Jadi anda dah plan nak pergi mana-mana Water Park ke lepas ni? Panas-panas, main air kan best. Main ombak, main vuvuzela kan. Best!

Leave a Comment