24 Tempat Makan Menarik Di Kelantan. Sesuai Untuk Food Hunting

Kepada food hunting diluar sana, anda boleh tengok senarai kedai dan tempat makan menarik di Kelantan bagi tahun 2020 yang anda boleh cuba bila datang ke negeri Cik Siti Wang Kembang ni.

Ramai katakan syurga makanan di Malaysia ada di Kelantan. Datang Kelantan, kalau tak cari tempat menarik untuk makan memang rugi la. Kadang ada makanan yang hanya wujud di Kelantan sahaja. Kalau ada diluar Kelantan pun, pastinya rasa tidak sama. Nak kena air tangan mek qlate juga sediakan.

Jadi jika anda plan masa terdekat untuk datang ke Kelantan dan ingin bercuti untuk beberapa hari, anda rasanya boleh mula senaraikan tempat makan menarik di Kelantan untuk anda datang dan cuba sendiri. Sama ada makanan tempatan ataupun sebaliknya.

BACA : Antara Tempat Menarik Di Kota Bharu, Kelantan

Oleh itu, jom kita tengok 24 tempat makan menarik dan terkenal yang ada di Kelantan yang wajib anda singgah bila tiba di sana. Senarai ini dikongsikan oleh pengguna twitter nellyeats yang merupakan penduduk tempatan di Kelantan. Kira approved la ni. Ok food hunters, lets go!

1. Drum & Desk

Jika anda inginkan menu ala hipster gitu, anda datang dan waze je Cafe Drum & Desk. Ianya terletak di kawasan perumahan Taman Sari. Selain menu yang disediakan, ianya juga cafe instaworthy tau. Sambil makan, boleh la bergambar bersama makanan atau ber ootd ke disini. Konsep kedai yang menarik dan sesuai untuk bergambar.

2. Kattnis Dapor Cheese

Sebuah lagi cafe yang menyediakan makan western tetapi di adun dengan rasa kemelayuan gitu. Makanan dan minuman yang sangat mengiurkan disediakan disini. Cafe pun cute dan cantik tau. Memang sesuai untuka anda chill disini la senang cerita.

3. Ann Loke Cafe

tempat makan menarik di kelantan

Peminat nasi ayam kena datang sini di Ann Loke Cafe. Menyediakan menu Nasi Ayam yang sedap sekali disini. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan pun cukup murah iaitu RM5 je. Mereka juga ada add on lauk lain untuk nasi ayam tersebut.

BACA : Roti Canai Ular Kini Tular Di Kota Bharu

4. Roots

Dah penat mundar mandir di Kota Bharu ni dan cari tempat untuk basahkan tekak dengan dessert yang manis dan sedap. Boleh datang di ROOTS SOFT SERVE & DESSERT BAR. Anda boleh pilih perasa yang anda mahu dan perasanya juga berbeza setiap minggu tau. Haa, setiap minggu la kena datang sini cuba.

5. BĀO BĀO

Tempat yang sangat sesuai dan selesa untuk lepak dan chill bersama kawan dan yang tersayang sambil mencuba menu makanan. Katanya menu wajib disini adalah tomyum dan boba. Boleh dah masuk list dan terjah tempat makan ni bila datang ke Kelantan.

6. Nasi Lemak TC

tempat makan menarik di kelantan

Nak cari juadah sarapan pagi, datang la ke Nasi Lemak TC yang berada di Pengkala Chepa. Makan nasi lemak sepinggan pun tak cukup katanya. Ditambah pula dengan lauk lain seperti sambal sotong, sambal kerang, sambal daging ataupun ayam goreng.

7. Jiwa Kopi & Bingsu

Mengikut nama kedai, disini mereka sediakan menu Bingsu. Kalau siapa tak tahu, ianya merupakan pencuci mulut daripada Korea yang sifatnya sama macam Air Batu Campur di Malaysia ni. Mereka namakanlah Bingsu. Jadi disini, mereka sediakan menu tersebut, kopi dan juga Bingsu. Boleh cuba Iced Butterscotch Latte dan Mango Bingsu. Sedap amat katanya.

8. Maggi Pok Lie

tempat makan menarik di kelantan

Kelantan terkanal amat dengan Mee atau Maggi Celup. Nak rasa yang highly recommended. Datangla ke Maggi Pok Lie. Memang sedap amat la terutamanya maggi celup yang disedikan. Tok kecek banyok, terus order la bila mari sini.

9. Kedai Kopi Kong Juan

Nak cuba masakan panas, boleh datang dan cuba di Kedai Kopi Kong Juan. Katanya antara tempat istimewa yang ada di Kota Bharu. Makanan semua sedap-sedap walaupun nampak simple dan ringkas. Rasa cukup dan sesuai dengan tekak melayu.

10. KBB Burger & Steak

Mengikut nama pastinya antara juadah utama di disini adalah burger dan steak. Anda boleh pilih bahagian mana yang anda mahukan dan mereka akan terus masak. Memang sedap amat la. Tapi kalau nak dapatkan menu lain pun ada disediakan disini. Jangan risau. Yang penting datang dan cuba menu yang ada disini.

11. Moggy Tea Room

Sebuah lagi cafe untuk kaki Instagram datang sini sambil nikmat minuman yang sedap untuk dicuba. Cafe cantik dan menu yang disediakan pun sedap belaka lagi-lagi minuman ala hipstur gitu. Datang lah di Moggy Tea Room yang terletak di Kota Bharu ini.

12. Ayang Cafe

tempat makan menarik di kelantan

Sebuah lagi cafe yang menyediakan juada sarapan pagi. Taknak makan nasi lemak, rotia canai yang ada di tempat lain juga. Anda boleh cuba menu istimewa disini iaitu Roti Ayang. Roti yang digoreng kemudian diletakkan sebuah telur masak di atasnya. Macam roti titab juga lah. Best sikit, teh o beng free je kat sini weh!

13. Upstairs by The Brick Lane Cafe

Upstair cafe juga menyediakan suasana yang selesa dan sesuai untuk datang lepak dan chill bersama kawan-kawan sambil nikmati makanan dan minuman yang ada disini. Ada dessert, ada pizza, minuman dan macam-macam lagi la.

14. Monster Ice Cream Rolls

Ice Cream Rolls ni tak banyak kedai yang boleh sediakan. Katanya di Kota Bharu, Monster Ice Cream Rolls Cafe ini lah satu-satunya tempat yang sediakan aiskrim rolls. Harga untuk 1 mangkuk bawah RM10, cukup murah kan. Pelbagai rasa dan topping disediakan dan anda boleh cuba bila datang sini.

15. Jijah’s NK Stall Nasi Kerabu

Makanan tempatan yang rasanya tiada bandingan iaitu Nasi Kerabu. Biasanya kita jumpa nasi kerabu warna ungu tetapi disini, mereka sediakan nasi kerabu dengan warna kuning tau bersama taburan sambal kelapa. Peminat Nasi Kerabu, sila datang dan serbu kedai ni. Tak jumpa, macam biasa, waze je mudah.

16. Kedai Kak Ma

Tak Kelantan la kan kalau breakfast tak makan nasi berlauk. Kalau nak rasa apa kelantanese rasa, haa boleh datang sini dan sangat recommended untuk cuba nasi berlauknya. Ada nasi dengan daging goreng, gulai ikan merah, ikan siakap dan banyak lagi. Jangan datang lewa tau, takut lauk habis pula nanti.

17. The Bold Lab

Dengan susana cafe yang aman beserta manu pavlova yang best dan perlu anda cuba bila di datang di Kelantan. Penyediaan dan persembahan terhadap makanan juga guna barang lab tau, siap ada picagari bagai. Food hunters suka la ni.

18. Mr. Slurp

Nak keringkan tekak dengan fruity milkshake paling sedap in town. Dengan hanya RM5 sahaja, anda boleh pilihan pelbagai perisa, ada Mangga, ada Oren, Pisang, Strawberi, Kiwi, Epal dan banyak lagi. Untuk topping tambah singgit je.

19. Chef Pong Yong Tau Foo

Antara tempat makan menarik di Kelantan yang anda boleh singgah iaitu di Chef Pong Yong Tau Foo. Ianya disediakan masa tengah hari sehingga malam. Nama je cina tetapi peniaganya adalah seorang mualaf. Jadi jangan risau la.

20. Warung Acu Tera

Kini untuk anda yang mencari juadah makan petang pula. Datang la ke Warung Acu Tera untuk cuba menu celup tepung dan air coconut shake. Mantap combination! Mereka ada sediakan ikan kembung celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung dan beberapa lagi. Paling sedap sekali katanya.

21. Scekok Ran Xahar

Unik teruk nama kedai, tetapi itulah hakikatnya nama sebenar kedai ni. Tak percaya boleh google Scekok Ran Xahar. Sediakan juadah berasaskan sup. Ada mee, ada kuey tiaw, mee hon dan macam-macam lagi. Paling special sekali, lauk yang diisi dalam juadah sup tersebut sampai tak nampak kuey tiawnya. Memang scekok betul ni.

22. Restoran Maggi Tiram Pok Weil

Dengan namanya pun dah tau, mereka sediakan juadah makanan apa kan. Peminat tiram atau oyster ni, boleh datang sini. Memang ini tempat untuk anda la. Mereka sediakan macam-macam jenis masakan berasaskan tiram. Ada maggi tiram, tiram segar, burger tiram dan banyak lagi. Yang pastinya tiram yang disediakan segar-segar tau sebabnya owner Pok Weil tu sendiri bela tiram ni. Memang segar la kan.

23. Cafe Hostel Pantai

Ingin mencuba masakan thai yang sedap sekali di Kelantan. Marilah ramai-ramai ke Cafe Hostel Pantai. Macam-macam disediakan disini, ada sotong bakar, daging bakar harimau nangis, sotong sumbat, somtam buah dan macam-macam lagi makanan ala thai disini. Tak perlu lagi pergi ke Thailand walaupun sebelah-sebelah je kan.

24. Snow Town Cafe

Tempat makan menarik di Kelantan yang terakhir adalah Snow Town Cafe. Cafe yang menyediakan dessert berasaskan salji atau aiskrim. Pelbagai perisa dan topping disediakan bagi anda membuat pilihan mengikut citarasa sendiri. Katanya, aiskrim yang disediakan lembut dan licin serta akan mencair di dalam mulut.

Jadi itulah antara cadangan tempat makan yang menarik jika anda datang ke Kelantan. Bila singgah di Kota Bharu tu, takkan nak gi Pasar Siti Khadijah je. Pergilah food hunting sekajab kenyangkan perut kan.

sumber : twitter nellyeats

Leave a Comment