7 Destinasi Menarik Yang Ada Di Sabah

Bercadang nak bercuti di selepas tempoh PKPB ini berlansung, boleh datang di Sabah. Banyak tempat menarik yang anda boleh lawati untuk bercuti dan tenang kan jiwa.

Bagi merancakkan semula industri pelancongan negera, jom kita bercuti di dalam negara, lagi pun sempadan negara masih tutup kan. Jadi jom kita tengok tempat-tempat menarik yang boleh dilawati terutamanya di Sabah.

BACA : Antara Tempat Menarik Di Penang Yang Anda Boleh Lawati

Sabah antara destinasi dunia tau. Sebelum ini, bukan orang Malaysia je datang, orang Eropah, orang Amerika semua datang sini untuk bercuti. Sekarang mereka dah tak boleh masuk Malaysia, jadi kita la yang akan pergi ke sana.

Antara Destinasi Menarik Di Sabah

Kinabalu Park

sabah

Dah sampai Sabah, tak sah la kan kalau tak singgah sini, kalau jenis ingin pelancongan semula jadi. Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia dan mempunyai lebih dari 5000 spesies flora, mamalia dan banyak lagi. Disini paling terkenal sudah pastinya dakian Gunung Kinabalu sendiri.

Selain daripada itu, anda boleh juga merasai pengalaman melakukan mountain torq dan Via Ferrata iaitu jalan gunung yang terdiri daripada rangkaian anak tangga, rel dan kabel dari 3200m ke 3800m di atas paras laut.

Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok

sabah

Selain daripada Gunung Kinabalu, Sabah juga terkenal dengan spesies Orang Utan. Sepilok merupakan salah satu destinasi utama pelancongan berteraskan alam sekitar dan kehidupan liar di Sabah pada ketika ini. Di Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok terdapat projek pelindungan dan pemulihan untuk menyelamatkan orang utan daripada pupus.

Menurut perkongsian Libur, waktu terbaik mengunjungi disini adalah pada pukul 10 pagi dan pukul 2.30 petang ketika Orang Utan ini muncul dari hutan untuk mengambil pisang dan susu mereka. Selain daripada Orang Utan, ada 200 jenis burung dan pelbagai tanaman liar yang boleh dilihat disini.

Cruise Sungai Kinabatangan

sabah

Untuk melihat flora dan fauna yang indah di Sabah, boleh datang dan cuba cruise Sungai Kinabatangan. River Cruise di Sungai Kinabatangan menjanjikan anda satu pemandangan panorama dengan keindahan haiwan liar di habitat semula jadi mereka. Disinilah anda boleh lihat sarang yang dibina sendiri oleh Orang Utan, monyet, cicak monitor, burung yang berwarna-warni dan banyak lagi haiwan yang mungkin anda tidak pernah lihat lagi sebelum ini.

Tamu Kota Belud

sabah

Dah mengembara di dalam hutan belantara, jadi jom kita pergi shopping barangan tempatan pula iaitu di Tamu Kota Belud. Pasar ini merupakan salah satu pasar hujung minggu yang terkenal kerana kaya dengan unsur kesenian dan kebudayaan.

Pelbagai makanan tempatan, kraftangan yang unik buatan tangan dan banyak lagi barangan yang anda boleh dapati disini.

Pasar ini dibuka setiap hari Ahad bermula seawal 6 pagi hingga tengah hari. Jadi jangan lewat tau, untuk datang disini.

Pulau Sipadan

sabah

Jom turun ke laut pula. Anda boleh datang ke Pulau Sipadan untuk aktiviti laut seperti menyelam. Sipadan merupakan kawasan yang terkenal bagi penggemar aktiviti air di Malaysia. Disini, terkenal dengan aktiviti menyelam. Anda boleh lihat ribuan ikan, batu karang, penyu yang berenang bebas dan katanya ada jerung ‘hammerhead’ yang membaut rondaan dikawasan anda.

Sipadan juga merupakan satu satu dari 5 destinasi scuba diving yang terkenal di dunia. Ini merupakan laut yang cantik bila anda datang disini.

Tunku Abdul Rahman Marine Park

sabah

Lagi dengan aktiviti scuba, tetapi kali ini di Pulau Gaya. Tunku Abdul Rahman Marin Park terletak di Pulau Gaya iaitu 3km luar pesisir dari Kota Kinabalu. Taman ini seluas 50km persegi dan terdapat 5 pulau, terumbu karang dan laut di sekitar pulau.

Taman Tunku Abdul Rahman Marine ini ditubuhkan adalah kerana bagi melindungi fauna, flora dan ekosistem marine dari sebarang ancaman dan kerosakan.

Sosodikon (Pyramid) Hill, Kundasang

sabah

Destinasi menarik seterusnya yang ada di Sabah iaitu anda kena datang di Kundasang. Kali ini mungkin tempat kesukaan bagi mereka yang lasak. Anda kena mendaki Gunung Sosodikon selama 20 minit. Tetapi diatas inilah anda akan lihat pemandangan yang indah. Anda akan dapat lihat pemandangan kawasan bukit-bukau yang berbentuk seperti piramid.

Jadi dah fikir ke nak pergi mana masa PKPP lepas ni? Boleh hilangkan tension sebab duduk rumah 3 bulan sebelum ni kan. Jom datang ke Sabah bah!

2 thoughts on “7 Destinasi Menarik Yang Ada Di Sabah”

Leave a Comment