AirAsia Virtual Allstar, AVA Kini Sudah Tersedia Di Aplikasi Whatsapp

Kini anda boleh hubungi AirAsia melalui telefon pintar anda sahaja melalui sistem AirAsia Virtual Allstar, AVA yang disediakan melalui aplikasi Whatsapp.

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah memperkenalkan talian hotline melalui aplikasi Whatsapp untuk anda ketahui lebih lanjut berkaitan penerbangan anda, permohonan refunds, ketahui maklumat berkaitan policy dan sebagainya.

AirAsial Virtual Allstar, AVA merupakan ciri bot yang anda boleh gunakan untuk ketahui maklumat berkaitan AirAsia dan juga anda hubungi customer service mereka. Sebelum ini, AVA telah pun tersedia di facebook AirAsia, laman web mereka, airasia.com dan melalui aplikasi AirAsia. Kali ini ada lagi penambahan iaitu melalui aplikasi Whatsapp.

Kini Anda Boleh Gunakan AVA Bot Di Aplikasi Whatsapp

Untuk anda menggunakan servis AirAsia Support atau AVA di Whatsapp, anda boleh simpan nombor melalui +6011-3516 5078 atau anda boleh klik pautan ini sahaja.

ava airasia whatsapp

Untuk memulakan perbualan, anda taip sahaja “Hi” dan anda akan diberikan pelbagai pilihan menu mengikut nombor. Jadi anda hanya perlu balas menggunakan nombor sahaja.

Melalui AVA ini, anda boleh berikan maklum balas, lihat notis perjalanan, semak status tempahan, follow up refund jika anda pernah memohon, semak policy dan sebagainya.

Setakat ini, AVA menyokong sehingga 11 jenis bahasa antaranya adalah Bahasa Malaysia, English, Thai, Bahasa Indonesia, Hindi, Jepun, Korea, Vietnam, Tagalog dan bahasa cina. Untuk maklumat lanjut berkaitan AVA, anda boleh pergi ke pautan ini.

Jadi selepas ini, untuk hubungi AirAsia Support melalui AVA adalah lebih mudah. Boleh hubungi terus melalui whatsapp di smartphone sahaja. Tak perlu susah-susah guna komputer atau laptop untuk buka AVA di website mereka.

Leave a Comment