Antara 8 Pulau Mesti Pergi Yang Menarik Untuk Bercuti

Jika anda sedang mencari tempat percutian untuk berehat, anda boleh tengok sini senarai destinasi 8 pulau mesti pergi bagi tahun 2020 ini.

Rasanya siapa je yang tak suka bercuti di pulau. Jauh daripada kota raya yang sibuk serta kerja yang tidak pernah habis. Datang ke pulau untuk nikmati percutian dengan dikelilingi oleh lautan dan tiupan angin pantai pastinya dapat merehatkan badan dan minda.

Datang pulau, dapat main air laut, nikmati keindahan pemandangan alam semula jadi, bermain pasir lembut putih di pantai. Jadi jika anda bercadang untuk datang ke pulau, anda boleh tengok sini senarai 8 pulau mesti pergi untuk bercuti di dalam Malaysia untuk tahun 2020 ini.

8 Pulau Kena Pergi Tahun 2020

Senarai ini dikongsikan oleh majalan libur. Pulau-pulau ini merupakan pulau yang kecil tetapi memberikan pengalaman dan keindahan yang menarik.

BACA : Antara 8 Senarai Pulau Di Malaysia Yang Kurang Popular Tapi Indah

Pulau Gemia, Terengganu

pulau mesti pergi

Pulau Gemia atau lebih dikenali sebagai Gem Island adalah pulau persendirian yang terletak lebih kurang 800 m dari Pulau Kapas. Biarpun tidak dikenali berbanding pulau-pulau lain di Terengganu, Pulau Gemia ini mempunyai banyak keistimewaannya. Gem Island juga boleh dianggap pulau yang terindah di Pantai Timur.

Jika anda datang melalui Lapangan Terbang Kuala Terengganu, ianya akan mengambil masa 30 minit dengan menaiki kereta untuk sampai ke Jeti Marang. Untuk sampai ke pulau ini, ianya mengambil masa 10 minit sahaja.

Jika anda ingin bermalam dipulau ini, terdapat sebuah resort pilihan iaitu Gem Island Resort & Spa yang cukup selesa untuk anda bercuti di sini. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan bersesuaian dengan pakej dan aktiviti yang ditawarkan di pulau ini. Jika berminat, boleh buat tempahan di Agoda dengan klik pautan dibawah

Pulau Lankayan, Sabah

pulau mesti pergi

Pulau ini terletak di sebelah utara barat lautan Sulu di Sandakan Sabah. Pulau yang hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki untuk mengelilingi pulau ini, pastinya kecil je kan. Keindahan batu karang di Pulau Lankayan dikelilingi kehidupan marin seperti ikan yu, ikan pari dan beberapa jenis ikan-ikan yang jarang ditemui. Pulau ini juga menjalankan satu usaha memulihara penyu-penyu yang semakin pupus. Antaranya usaha yang diperkenalkan adalah meletakkan sangkar-sangkar telur penyu.

Penginapan terbaik dan satu-satunya yang ada disini adalah Lankayan Island Dive Resort. Ianya cukup terkenal di kalangan penyelam skuba. Jadi jika anda datang sini, boleh menginap di resort ini. Buat tempahan di pautan dibawah

Pulau Layang-Layang, Labuan

pulau mesti pergi

Pulau Layang-Layang mempunyai tarikan yang tersendiri dan sering diperkatakan kerana kecantikan terumbu karang di perairannya. Pulau yang terletak di barat laut Sabah ini adalah antara destinasi selam skuba yang terkenal di dunia. Pulau ini terletak lebih kurang 300 kilometer dari Kota Kinabalu. Dengan bentu memanjang dan dikelilingi lautan yang jernih dan ditumbuhi rumput laut, Pulau Layang-Layang kelihatan seperti mutiara terapung di tengah laut.

Jika datang disini, anda boleh menginap di Layang-Layang Resort yang juga satu-satunya resort yang ada disini. Untuk nikmati percutian di pulau, boleh datang ke sini

Pulau Mataking, Sabah

pulau mesti pergi

Pulau Mataking terletak di lautan Sulawesi. Perjalanan memakan masa 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Anda boleh pilih perjalanan anda. Ianya digelar tempat peranginan kelasa atasan, Pulau Mataking merupakan ‘syurga’ bagi penggemar selam skuba. Bersiar-siar di sekitar Pulau Mataking Kecil merupakan aktiviti wajib bila anda datang disini.

BACA : 15 Tempat Menarik Di Sabah Terutamanya Kota Kinabalu Dan Kundasang

Disini terdapat lebih 30 kawasan menyelam antaranya adalah Magic Rick, Mantis Reef, Alice Wall dan banyak lagi. Untuk bermalam, datang ke The Reef Dive Resort untuk merasai kenikmatan bercuti disini.

Pulau Perhentian Besar, Terengganu

pulau mesti pergi

Terletak dalam daerah Besut di Terengganu yang jaraknya kira-kira setengah jam menaiki bot laju dari Jeti Kuala Besut. Pulau Perhentian Besar sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini masih terpelihata kerana sebahagian besar kawasannya tidak berpenghuni dan dibangunkan bagi memelihara flora dan fauna di pulau ini.

Terdapat 2 kawasan yang terkenal disini iaitu Teluk Dalam dan Pantai Utama. Perairan di sekitar pulau ini ditaburi dengan terumbu karang dan memberikan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti selam dan snorkeling.

Anda boleh menginap di Perhentian Island Resort, Tuna Bay Island Resort atau Samudra Beach Chalet yanga antara disediakan disini.

Pulau Dinawan, Sabah

pulau mesti pergi

Pulau persendirian yang terletak di selatan Kota Kinabalu ini menawarkan hutan hujan tropika yang inda di kelilingi oleh Laut China Selatan. Ini juga merupakan pulau mesti pergi untuk tahun 2020 ini. Mengambil masa kira-kira 25 minit menaiki bot melalui Jeti Marina Sutera. Airnya yang jernih sesuai bagi pengunjung yang ingin melalui pengalaman menerokai ekosistem laut.

Istimewa disini, pengunjung boleh menikmati pengalman unik ‘separuh kapa selam’ untuk melihat landskap dasar laut yang cukup mengagumkan.

Taman Negara Pulau Penyu, Sandakan

Taman Negara Pulau Penyu terletak lebih kurang 40 kilometer dari Sandakan, Sabah. Terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisan. Ianya dikelilingi oleh terumbu karang dan laut biru. Cukup terkenal dengan Penyu Pulau (Green Turtles) dan Penyu Sisik (Hawksbill Turtles) yang datang bertelur di pantai pulau ini.

Hanya di Pulau Selingan terdapat chalet bagi pengunjung yang ingin bermalam bagi menyaksikan penyu bertelur. Jika anda ingin datang ke Taman Negara Pulau Penyu untuk melihat proses pemeliharaan penyu, bulan yang paling sesuai adalah pada Mac dan September.

Pulau Pom-Pom, Semporna

pulau mesti pergi

Akhir sekali untuk pulau mesti pergi adalah di Pulau Pom-Pom. Antara daya tarikan kuat di Pulau Pom-Pom ini adalah kerana pasir putih yang menghiasi lantai pantai dan hutan bakaunya yang membuatkan keadaan sentiasa dingin dan teduh. Pulau ini yang terletak kira-kira 45 minit dari Semporna juga menjanjikan pemandangan dasar laut yang indah kerana airnya yang jernih.

Pom Pom Island Resort merupakan tempat penginapan yang ditawarkan dengan kemudahan asas yang cukup selesa. Jika anda datang ke sini kelak, anda boleh bermalam dan cuba segala perkhidmatan yang disediakan di resort ini.

Leave a Comment